Tuesday, July 9

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, tadi berkumandang dah azan maghrib..ape tandenya?? Tande nya sudah masuk bulan Ramadhan..

Ramadhan merupakan bulan yang paling baik jika dibandingkan dengan seribu bulan.. Setiap amalan fardhu akan mendapat dua kali ganda ganjaran manakala setiap amalan sunat pula akan mendapat pahala sama dengan amalan fardhu.. Ya Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah..

Aku juga sangat bersyukur kerana tahun ini aku akan menjalani ibadah piasa bersama-sama keluarga tanpa ada halangan drpd hal-hal sekolah atau pelajaran..yeayy..hehe Alhamdulilah..^^
Semoga Allah panjangkan umurku ahli keluargaku serta rakan-rakan Islam yang lain untuk menghabiskan bulan puasa ini dengan jayanya..In Sha Allah..

Smpai sajelahh entry aku..Selamat Berpuasa wahai Umat Islam..:)

p/s:esk puase jgn buat lupa p kdai mamak awal pagi pulok..hehe..

Friday, June 21

My Life

Assalamualaikum...

Sudah menjadi tabiat kot malas nak meng-hupdate blog nih. Bukan ape hari tu, lepas balik jea dari matrik tetiba my lappy buat hal lah pulak..

So nak update pun tak ada mood.. Yelah lain okeh bukak blog kat my own laptop berbanding bukak kat lappy org lain--no privasi *fliphair

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis, aku hanya lah lepak di rumah sahaja.
Menyambung kerjaya sebagai suri rumah dan baby sitter..=="
Well okay la dari tak buat apa-apa kan..at least peluh pun keluar lah walau hanya beberapa titik..hahaha

Bosan..?? Sape kate tak bosan woii..terperuk dalam rumah macam anak dara jaman jepun dah aku rasa..
Stress jangan cakap lahh..hari-hari stress..huhuhu
Sabar jelah, nanti bila dah belajar mane lah boleh nak lepak-lepak mcm sekarang kan
so lets enjoy our life before its too late..chaiyok!!

Sekarang dah hampir dua bulan aku duk kat rumah.. Ada jugak perasaan nak kerja kat luar, yelah cari pengalaman kan, tapi still my family tak bagi..*sigh
May be lau orang dengar aku cakap macam ni mesti dieorang fikir aku ni anak manja or whatsoever lah kan..
tapi sebenarnya tak pun..selalu jea kena marah, bebel bagai..hurmm
Aku sendiri pun tak faham dengan keluarga nih..hohoho..

so let end here lahh..got to go

p/s: In sha Allah akan update lagi dari masa ke semasa.till then xoxo

Wednesday, May 1

Good Bye KMP :S


Assalamualaikum...

Phoohhh..*tiup habuk..hahaha..memandangkan dah berkurun rasanya tak mengupdate blog nih..
kesian kau blog ada tuan yang tak ada nilai tanggungjawab macam aku..hehehe..

ok stop merapu..bukan tak nak mengupdate tapi biasalah rutin harian sebagai peljar telah membataskan jari jemari ini untuk mencoret dilaman sosial ini..wehehehe..

Pada tanggal 30/04/2013 Alhamdulilah aku telah pun menamatkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis dengan jayanya..eh..??hehee..
Hampir setahun jugak aku duk merantau negeri orang..tapi dalam waktu itu macam-macam dah aku belajar. Baik dari akademik mahupun ilmu kehidupan yang tak mungkin kita dapat dalam bilik kuliah atau kelas.

Dalam tempoh itu juga aku kenal dengan ramai orag dengan pelbagai ragam.. Seronok bila dapat kenal dengan orang yang berbagai-bagai ni..
Dari roomate sampai la classmate groupmate soulmate semua aku jumpa..hahaha..
yang part SOULMATE tu belum jumpa lagi..wakakaka..

Pengalaman satu tahun yang tak mungkin aku dapat kalau aku tak terima tawaran tu..
Suka duka onak duri alhamdulila dapat kami warga KMP tempuhi dengan hati yang lapang dengan adanya bantuan Ilahi In Sha Allah semua berjalan lancar.

Now i've almost 5 month to spend in hometown..yay..but rasanya ia akan jadi bosan kalau aku duk rumah je..perlu perancangan yang rapi untuk menikmati cuti ini..weee..

got to go..nnt aku post entry bergambar pula ya..till then..*lights off

Friday, January 25

Wordless

Assalamualaikum..


This is our masterpice in making music video for the first time...
hope will enjoy it..^^


Friday, January 18

Bersabarlah Hati..

Assalamualaikum...

Kadang-kadang kita sebagai hamba Allah yang lemah ini lebih mempercayai kata-kata orang lain daripada diri sendiri..
lebih suka untuk mengikut kata orang berbanding mendengar bisikan hati sendiri..
berpendapat bahawa kata-kata pendapat orang lain lebih logik daripada diri sendiri...
takut untuk bersuara menyatakan hak yang patut kita dapat..

Mengapa perlu jadi begitu..??

YA..itulah yang terjadi pada diri aku..suka sangat dengar kata orang ikut kata orang even diri sendiri tak nak buat perkara itu.
sebab aku sendiri tidak dapat tentukan apa yang terbaik untuk aku...
aku sering berfikir bahawa pendapat orang lain lebih bernas berbanding pendapat aku lalu dituruti saja apa yang mereka kata..
sukar bagi aku untuk katatkan TIDAK..mungkin aku dikurniakan hati yang lembut..sukar untuk aku naik marah untuk apa yang sepatutnya aku marah...
menerima dengan terpaksa...

Seburuk, sekejam mana orang itu lakukan padaku aku hanya bolehh menangis tatkala malam sahaja...tidak mampu untuk berterus terang kepada mereka takut mereka teras, sakit hati lalu memutuskan persahabatan...
aku tak nak semua itu terjadi..

Aku terfikir, mungkin apa yang mereka buat tterhadap aku aku pernah buat terhadap orang lain...mungkin jugaa..
kata-kata mereka lemparkan biar hanya sekilas tetapi berbekas dihati...
lalu dipujuk hati sendiri agar terima dengan redha kerana apa yang dikatakan adalah realiti...

Tidak pernah terlintas untuk mendengar hal itu daripada mereka..TIDAK sama sekali...
hinggalah hari itu..terkejut tersentap tergamam...

Mungkin kata-kata mereka betul...aku memang tidak layak dan tidak setaraf dengan mereka...
disini tiada tempat aku mahu curahkan isi hati...
mereka mungkin takkan mengerti..
bersabarlah hati...
beberapa bulan lagi...akan kutinggalkan tempat ini..
semoga kejayaan mengikut ku pulang..In Sha Allah...