Friday, January 18

Bersabarlah Hati..

Assalamualaikum...

Kadang-kadang kita sebagai hamba Allah yang lemah ini lebih mempercayai kata-kata orang lain daripada diri sendiri..
lebih suka untuk mengikut kata orang berbanding mendengar bisikan hati sendiri..
berpendapat bahawa kata-kata pendapat orang lain lebih logik daripada diri sendiri...
takut untuk bersuara menyatakan hak yang patut kita dapat..

Mengapa perlu jadi begitu..??

YA..itulah yang terjadi pada diri aku..suka sangat dengar kata orang ikut kata orang even diri sendiri tak nak buat perkara itu.
sebab aku sendiri tidak dapat tentukan apa yang terbaik untuk aku...
aku sering berfikir bahawa pendapat orang lain lebih bernas berbanding pendapat aku lalu dituruti saja apa yang mereka kata..
sukar bagi aku untuk katatkan TIDAK..mungkin aku dikurniakan hati yang lembut..sukar untuk aku naik marah untuk apa yang sepatutnya aku marah...
menerima dengan terpaksa...

Seburuk, sekejam mana orang itu lakukan padaku aku hanya bolehh menangis tatkala malam sahaja...tidak mampu untuk berterus terang kepada mereka takut mereka teras, sakit hati lalu memutuskan persahabatan...
aku tak nak semua itu terjadi..

Aku terfikir, mungkin apa yang mereka buat tterhadap aku aku pernah buat terhadap orang lain...mungkin jugaa..
kata-kata mereka lemparkan biar hanya sekilas tetapi berbekas dihati...
lalu dipujuk hati sendiri agar terima dengan redha kerana apa yang dikatakan adalah realiti...

Tidak pernah terlintas untuk mendengar hal itu daripada mereka..TIDAK sama sekali...
hinggalah hari itu..terkejut tersentap tergamam...

Mungkin kata-kata mereka betul...aku memang tidak layak dan tidak setaraf dengan mereka...
disini tiada tempat aku mahu curahkan isi hati...
mereka mungkin takkan mengerti..
bersabarlah hati...
beberapa bulan lagi...akan kutinggalkan tempat ini..
semoga kejayaan mengikut ku pulang..In Sha Allah...


No comments:

Post a Comment